Dua tiga hari ni haaziq anak saya yg darjah 2 tu balik rumah dok membelek buku peribahasa&simpulan bahasa..agaknya kat sekolah dia tengah belajar benda tu kut. Semalam dia tanya pasal peribahasa hidung tinggi..puas la saya meng"explain" nak bagi dia paham...tadi masa lunch..hari ni lunch lama sikit sekali dgn kakak dia aqeelah sebab friday sekolah masuk lambat sket ..sambil2 makan tu dia masih dok membelek buku simpulan bahasa..tah macam mana topic dia pasal anak tiri dan anak angkat...saya tanya la tahu tak apa beza anak tiri dan anak angkat tu?..anak angkat dia tahu; ambil anak org buat anak sendiri..hmm oklah explaination tu..tapi anak tiri dia tak tahu..so saya tanya kakak...tahu tak kakak? dia tahu ..anak tiri tu bila ayah atau mak dia kawin org lain jadi la anak tu anak tiri..hmm oklah pahamlah dia tapi si adik ni tak paham jugak..jenuh satu hal nak explain kat dia..
lepas tu keluarlah lagi macam2 peribahasa yg start dengan "anak". ..hinggakan ke anak baju..heheh Rupa2nya banyak juga ya..saya sendiri pun tak perasaan akan benda ni...salah satu yang menarik perhatian saya..peribahasa "anak tut"..bukan anak *tut* ya...memnag dia tulis dlm buku anak tut. Ni first time saya jumpa peribahasa ni...lawak la plak tapi buku tu punya explanation "anak tut ialah anak yang dipelihara tapi bukan anak sendiri" la...bukan ka lebh kurang sama ja ngan anak angkat? hmm buat confused budak2 je kan..
macam2 lagi la yang saya jumpa..kat sini saya nak share a few peribahasa anak yang agak jarang kita/saya dengar..
anak bapa: sikap yang berani
anak bungkar: lelaki yangbelum pernah berkahwin - bukan anak bujang ka..kalau dah berusia bujang terlajak la plak kut
anak ikan: orang yang lemah menjadi mangsa orang kuat - kalau ikut pahaman saya anak ikan ni bukan ke yang lelaki muda disponsor wanita2 kaya..
anak nahkoda kasap: pelajar yang suka menghabiskan wang ibu-bapa
anak telinga: anak yang tinggal berjauhan dan hanya berita sahaja yang didengari..
kan..betul tak saya cakap..peribahasa2 yang kat atas tu agak pelik n jarang2 kita dengar kan..tak tahulah dari mana pengarang ni dapat..kalau nak kepastian mungkin boleh refer to buku2 peibahasa yang lain.
Friday, February 18, 2011
Tuesday, February 15, 2011
laksa oh laksa
Hari 2 makan nasi for dinner muak jugak kan..so memang menjadi kebiasaan saya at least once a week saya akan masak benda lain seperti mee , laksa , spagetti..apa2lah janji bukan nasi ngan lauk pauk...so hari ni memandangkan agak lama jugak saya tak masak menu ni...walaupun menu ni merupakan fav. saya n anak2..jadi pepagi tadi pi pasar n cari bahan2 untuk masak laksa...
saya memang hantu laksa esp. laksa teluk kechai..tau tak laksa teluk kechai ni lain dari yg lain..yg paling best sekali laksa teluk kechai ni menggunakan daun putat sebagai ulam2an dan yg paling syiokk..dia punya sambal nyiok..uuu yg tu yg paling best..kalau tgk kan kuahnya tu ( ni yg ori beli kat kedai jual laksa kat jln kuala kedah) kuah dia amatlah ceroiii or cair..tapi bila hirup..mak oii ya amat sedapsss nya..kat tempat lain tak kan dapat punya kuah laksa yg macam ni. Selalu kalau saya balik kedah memang saya takkan lepaskan peluang makan laksa teluk kechai ni..tapi bila duk selangor ni kalau teringin nak makan terpaksa la buat sendiri..tak de la rasa macam teluk kechai sebab tak reti ahh nak buat sambai nyiok tu..tapi bolehlah layan tekak saya n anak2. Yg kebanyakkan dok jual tepi2 jalan kononnya cakap laksa kedah tu..hmm tak de punya yg laksa teluk kechai..semua laksa yg biasa..letak daun selom...or letak nenas n daun pudina macam laksa penang...
ada sorang kawan saya dia cakap apala yang sedap sanagt laksa tu..rasa macam getah je..ye la..kalau tgk laksa tu yg diperbuat dari beras..memnag la cam getah..tapi bila sekali dah kena memang mau lagi dan lagi. Jadi petang ni for dinner saya nak masak laksa...cikserimanis punya style...tak boleh pedas sangat kalau tak nanti anak2 tak boleh la plak nak menghirup kuah tu..kalau nak pedas potong cilipadi je la
sapa yang tak pernah tgk..ni la dia rupa laksa teluk kechai
Monday, February 14, 2011
Salam buat Semua
Assalamualaikum...
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. Sama2lah kita ber muhasabah diri kita banyak2kan berselawat kepada baginda Rasulullah dan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnahnya.
Dah lama benar saya tak update blog...nak kata tak ada masa tu tak jugak..ye la masa tu memang tak cukup tapi kenalah pandai2 cari masa kan..jadi decision has been made...saya kena cari masa tu n cuba buat sesuatu yg berlainan dari tahun lepas...kalau tak rasanya life ni tak de yangberubah..sedaya upaya kena cuba..ni blog saya yg kedua..blog yg dulu http://www.yusriza.blogspot.com time to move on to new phase...semoga ianya berjaya. Insyallah..
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. Sama2lah kita ber muhasabah diri kita banyak2kan berselawat kepada baginda Rasulullah dan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnahnya.
Dah lama benar saya tak update blog...nak kata tak ada masa tu tak jugak..ye la masa tu memang tak cukup tapi kenalah pandai2 cari masa kan..jadi decision has been made...saya kena cari masa tu n cuba buat sesuatu yg berlainan dari tahun lepas...kalau tak rasanya life ni tak de yangberubah..sedaya upaya kena cuba..ni blog saya yg kedua..blog yg dulu http://www.yusriza.blogspot.com time to move on to new phase...semoga ianya berjaya. Insyallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
