Pages

Tuesday, March 1, 2011

cerita abah...

hari ni merupakan birthday abah yg ke 67. Yes..kira2 67 tahun lepas..tanggal 2 march 1944 abah dilahirkan..di hmm rasanya di rumah arwah tok yam di batu 5 tandop. Abah merupakan anak bongsu dlam keluarga. Dua lagi diatas adalah Wa Zul dan pak lang Lid. Yes semua anak lelaki...n nama abah plak diambil sempena nama arwah tok wan kepada abah..maka jadilah Mohd Junus@ Md. Yunus bin Ismail bin Yunus. Menurut cerita, ayah kepada abah, meninggal masa abah kecik lagi..n abah dibesarkan oleh arwah mak dia iaitu Tok Yam. Arwah Tok yam kerja dia menanam padi or kami panggil buat bendang. Sampai sekarang bendang tu ada lagi tapi sekarang pak lang lid ( abg abah yg no 2) yang usahakan.

Cerita abah masa kecik2 saya tak byk tahu sangat..cuma bila dah meningkat remaja..yg saya tahu abah belajar kat Kolej Sultan Abdul Hamid. Salah sebuah sekolah yg top jugak la kat Kedah masa2 tu..even mantan PM kita pun sekolah kat situ. Pas tu abah masuk maktab perguruan..kalau tak silap kat Johor kut. ..tak sure la samaada abah pernah posting kat sekolah lain atau tak tapi yg saya tahu hanya di sekolah keb. kuala nerang...kat sana lah abah jumpa mak..mak memang org kuala nerang..arwah tokwan belah mak menetap kat kuala nerang polis kat sana..mak jadi cikgu sementara kat sekolah kurung hitam...p mai2 tangtu dah jodoh kan..bak kata ikan dilaut asam didarat...abah pun teruih jadi org kuala nerang.

Abah mengajar subject matematik. Boleh tahan jugak kegarangan abah ni..saya pernah jugak belajar kat abah memang kecut la jugak..semua student memnagtakut la jugak kalau org mention cikgu yunuih nak masuk kelas..lama jugak abah mengajar kat sek keb. kuala nerang sampai lah saya darjah 6 ..lepas tu abah ditukarkan ke sek keb kubang palas..jadi guru besaq..
dulu kami berulang dari alor setar ke kuala nerang tiap2 hari..

Abah ni dia cukup minat dengan kereta jenis Fiat. Kereta first abah of coz la fiat..memula fiat 2 pintu warna kuning then fiat kotak warna coklat pas tu yg paling lama fiat ritmo yang warna grey..uishhh saya pernah bawa keta fiat ritmo tu..mak aii beratnya ..la ni abah pakai viva ..saya panggil cik bibah..hehe kecik n mudah dikendalikan..Abah minat sangat dengan PRamlee.Klau ada movie or pertandingan lagu2 klasik pramlee ni sanggup dia tunggu sampai past bed time ( abah time tido dia kul 10 mlm ) sebab nak tgk n dgr lagu2 klasik tu..heheh ada sekali masa kami baru pindah ke alor setar..masa tu yg ada saya, abang..chah kecik lagi kut. Km mai basuh rumah n abah bawa radio n tapekan saya nyanyi dengan abang lagi "mengapa riang ria" ..by normadiah n pramlee..sambil kami dok mencuci rumah..sekarang tak tahu la kemana pergi tape tu. Klau abah buat kerja mesti dia akan pasang lagu2 pramlee yang klasik tu.
Satu lagi abah suka menanam pokok bunga. Dari dulu sampai sekarang bangun pagi mesti belek bunga2/pokok2 dia. Dulu seingat2 saya dia rajin mengecat pasu2 bunga..kejab color biru, kuning ikut suka dia la..pas tu ubah sana ubah sini..mak pun join la jugak..la ni dah tua2 ni larat jugak tu dok mengangkat pasu2 bunga...
Klau makan ice cream..abah tak berapa suka yg jenis ada batang tapi kalau kita beli yg dlm tupperware n scoopkan dlm mangkuk haa yg tu dia makan..kuih yg lembut2 cam qasidah ..dia suka la..dulu2 mesti dia suruh mak buatkan roti canai, murtabak, cucur kacang., lepat liat..semua nak buat sendiri hehhe..la ni tinggal berdua pun mak kata dia suruh gak buat lagi agaknya kalau beli tak sama kut ngan air tangan mak walaupun nampak leceh kan ..heheh

Satu lagi perangai abah..kalau pi jalan ngan mak..heheh jarang dia ikut masuk kedai..unless betui2 penting..kalau tak nanti dia dropkan mak n saya/sapa2 yg pi ngan mak n dia kata " kul sekian2 tunggu kat sini ya" pas tu dia pi la merayau sorg2 dia keluar masuk supermarket meninjau harga barang2 runcit..jangan tak percaya..dia survey habis satu alor setar sebelum dia beli barang runcit heheh

hmm itulah abah..la ni dah berumur,...dah kurang sikit kut activity2 macam kat atas tapi still dia kuat lagi..insyallah mudah2an2 Allah SWT panjangkan usia abah penuh dengan keberkatan, bahagia bersama anak cucu, sihat tubuh badan. Kami anak2 amat menghargai segala tunjuk ajar abah selama ini budi abah memang tak terbalas..hanya Allah SWT saja yang mengetauinya. Salam sayang salam hari lahir yang ke 67 buat abah

No comments:

Post a Comment