Pages

Friday, February 18, 2011

Peribahasa .."anak"

Dua tiga hari ni haaziq anak saya yg darjah 2 tu balik rumah dok membelek buku peribahasa&simpulan bahasa..agaknya kat sekolah dia tengah belajar benda tu kut. Semalam dia tanya pasal peribahasa hidung tinggi..puas la saya meng"explain" nak bagi dia paham...tadi masa lunch..hari ni lunch lama sikit sekali dgn kakak dia aqeelah sebab friday sekolah masuk lambat sket ..sambil2 makan tu dia masih dok membelek buku simpulan bahasa..tah macam mana topic dia pasal anak tiri dan anak angkat...saya tanya la tahu tak apa beza anak tiri dan anak angkat tu?..anak angkat dia tahu; ambil anak org buat anak sendiri..hmm oklah explaination tu..tapi anak tiri dia tak tahu..so saya tanya kakak...tahu tak kakak? dia tahu ..anak tiri tu bila ayah atau mak dia kawin org lain jadi la anak tu anak tiri..hmm oklah pahamlah dia tapi si adik ni tak paham jugak..jenuh satu hal nak explain kat dia..

lepas tu keluarlah lagi macam2 peribahasa yg start dengan "anak". ..hinggakan ke anak baju..heheh Rupa2nya banyak juga ya..saya sendiri pun tak perasaan akan benda ni...salah satu yang menarik perhatian saya..peribahasa "anak tut"..bukan anak *tut* ya...memnag dia tulis dlm buku anak tut. Ni first time saya jumpa peribahasa ni...lawak la plak tapi buku tu punya explanation "anak tut ialah anak yang dipelihara tapi bukan anak sendiri" la...bukan ka lebh kurang sama ja ngan anak angkat? hmm buat confused budak2 je kan..

macam2 lagi la yang saya jumpa..kat sini saya nak share a few peribahasa anak yang agak jarang kita/saya dengar..

anak bapa: sikap yang berani
anak bungkar: lelaki yangbelum pernah berkahwin - bukan anak bujang ka..kalau dah berusia bujang terlajak la plak kut
anak ikan: orang yang lemah menjadi mangsa orang kuat - kalau ikut pahaman saya anak ikan ni bukan ke yang lelaki muda disponsor wanita2 kaya..
anak nahkoda kasap: pelajar yang suka menghabiskan wang ibu-bapa
anak telinga: anak yang tinggal berjauhan dan hanya berita sahaja yang didengari..

kan..betul tak saya cakap..peribahasa2 yang kat atas tu agak pelik n jarang2 kita dengar kan..tak tahulah dari mana pengarang ni dapat..kalau nak kepastian mungkin boleh refer to buku2 peibahasa yang lain.

1 comment:

  1. kak yus, pd fahaman sy pulak "anak bapa" tu, anak kesayangan bapa.... ahahaah br tau rupanya sikap yang berani.

    ReplyDelete